10 Tips Meningkatkan Keuntungan Bisnes Yong Tau Foo Tepi Jalan Hingga 5 Angka Sebulan

10 Tips Meningkatkan Keuntungan Bisnes Yong tau foo Tepi Jalan Hingga 5 Angka Sebulan

Bisnes yong tau foo tepi jalan (yong tau foo jalanan) ada kelebihan tersendiri berbanding perniagaan yong tau foo di dalam Mall atau premis canggih rumah kedai. Kelebihan besarnya berkaitan kos operasi yang tidak tinggi namun berpotensi mendapat untung yang tinggi.Kos sewa mungkin tiada langsung! Kalau ada pun, sangat rendah. Staff pula tidak perlu ramai. Yang lebih sikit mungkin kos bahan mentah. Berbanding di dalam Mall yang pada hari tertentu sahaja ramai pengunjung, mereka yang lalu lalang di jalanan semestinya ramai. Satu kelebihan sekiranya pemilik bisnes jalanan sendiri pandai mempromosikan bisnesnya, pasti ramai pelanggan yang akan singgah membeli hingga mungkin tak menang tangan untuk melayan.

.

Ada 8 cara yang boleh pemilik bisnes jalanan lakukan sebagai cara mempromosikan bisnes mereka:

.

1# Bisnes mesti ada jenama.

Sesiapa pun yang ada bisnes, mesti pilih satu jenama. Jenama ini mesti senang di sebut dan di ingat oleh pelanggan. Kenapa jenama penting kerana ianya memudahkan pelanggan untuk merujuk kepada bisnes anda. 

.

2# Mesti Ada Kad Bisnes.

Sesiapa pun yang ada bisnes, mesti ada kad bisnes. Jangan ingat bisnes besar je mesti ada kad bisnes. Bisnes kecil pun patut ada. Yang penting tercatat lokasi bisnes dan No.HP. Dan tulisan besar… BOLEH BOOKING DAN PICKUP WHATSAPP SAJA!

.

3# Buat Kad Ahli

Bisnes jalanan pun boleh buat kad ahli macam Kad Keahlian TESCO atau Kad Ahli Mydin.

Atau buat Kad Pembelian. Setiap kali pelanggan membeli, peniaga berikan satu cop pada kad. Pada pembelian ke5, ke10, ke15 dan seterusnya beri diskaun atau apa-apa promosi yang anda rasa perlu bagi menghargai pelanggan setia anda. Biasa saya buat saya berikan voucher diskaun untuk memastikan mereka akan datang lagi untuk menebus voucher tersebut.

.

4# Belian paling mahal dapat Hadiah!

Tambah ‘pemberian hadiah’ untuk belian set paling mahal yang dijual. Sebotol air minuman sudah memadai. Air minuman ini boleh beli borong pada harga murah. Tidak rugi apa-apa pemberian air minuman percuma ini. Yang penting hati pelanggan dapat ‘ditawan’. Ilmu ni kita panggil ilmu tangkap hati.

.

5# Teliti tentang rasa.

Cipta sos istimewa yang boleh menjadi ‘trademark rasa’ untuk yong tau foo yang kita jual. Masak sendiri. Cari resepinya dalam buku resepi, google atau  minta resepi  dari keluarga. Nak mudah ambik je pakej Ampangbest yong tau foo. Sememangnya pelanggan dah tahu rasa premium sos yong tau foo kami. Baca sini Pekej Stokist Ampangbest.

.

6# Buat SOP Kerja

Bisnes berjenama professional mempuyai SOP kerja yang khusus dalam pengeluaran dan penjualan produk mereka. SOP ini memastikan bentuk, isi dan rasa produk serta masa yang diambil untuk menyiapkan produk itu sama sahaja walaupun staff yang berlainan membuat penyediaannya.

.

Bisnes yong tau foo jalanan juga patut ada SOP ini. Jadi tidak akan timbul isu di mana pelanggan, mahukan yong tau foo yang dibuat oleh boss sahaja atau staff tertentu sahaja. SOP akan memastikan yong tau foo yang dibuat oleh boss atau mana-mana staff adalah sama sahaja.

.

SOP juga untuk memastikan yong tau foo yang dijual adalah ‘yong tau foo yang rasa yang sama’ sejak mula bisnes sampai bila-bila selagi bisnes berjalan. Dan SOP harus sentiasa di tambah baik mengikut keadaan semasa dan keperluan. Yang paling penting adalah pematuhan kepada SOP itu sendiri.

.

7# Berikan Cenderahati

Cenderahati atau hadiah ini tidak sama dengan +hadiah belian burger paling mahal.

.

Mungkin sesekali terutama pada perayaan atau peristiwa tertentu seperti hari jadi boss, beri offer kepada pelanggan, ‘beli satu percuma satu’ dan sebagainya yang difikirkan patut.

.

Cenderahati ini adalah tambahan kepada +hadiah sebagai menghargai pelanggan dan sebagai cara memikat hati mereka untuk kekal sebagai pelanggan tetap.

.

8# Buat marketing offline

Buat pengiklanan secara offline melalui pengedaran flyers, bunting atau banner. Sebarkan sekitar 5-7 kilometer dalam lingkungan kawasan kita berniaga. Flyers boleh edarkan ke kawasan perumahan terdekat. Gantung bunting secara 3-5 keping untuk setiap spot di jalan menuju ke lokasi perniagaan kita. 

.

9# Promosi Melalui Online

Jangan lupakan media sosial. Cipta satu facebook page khusus untuk bisnes anda. Begitu juga Instagram. Disamping yang peribadi cipta satu instagram bisnes.

.

Muat naik gambar dan tulis aktiviti menarik atau proses-proses setiap penyediaan bahan-bahan sebelum berniaga setiap hari.

.

Kalau perlu belajar penggunaan media sosial ini untuk bisnes, pergilah belajar. Laburkan sedikit duit untuk belajar, sama ada belajar di seminar atau melalui ebook.

.

10# Tambah ilmu

Ini juga penting. Ilmu perniagaan, terutama ilmu berkait dengan perniagaan perlu ditambah dari masa ke semasa. Idea-idea semasa untuk meningkatkan bisnes perlu digali, terutama yang berkaitan teknik dan strategi pemasaran yang terkini. Di zaman teknologi digital semuanya sangat cepat berubah.

.

Lakukan penambahbaikan bisnes dari masa ke semasa penting untuk memastikan bisnes kita mampu berdaya saing dan kekal dalam pasaran.