CARA MENYERTAI SEBAGAI STOKIS FROZEN YONG TAU FOO

CARA MENYERTAI SEBAGAI STOKIS FROZEN YONG TAU FOO

CARA MENYERTAI SEBAGAI STOKIS FROZEN YONG TAU FOO

 

Untuk menjadi stokis, belian PERTAMA sebanyak RM3315 iaitu 50 set untuk setiap jenis.

Belian ulangan boleh dibuat pada minimum RM1500 dan belian adalah secara terus daripada HQ (Rosmie Global Enterprise).

Kos penghantaran kepada stokis adalah PERCUMA.

Kecuali sabah dan serawak.

 

SYARAT-SYARAT STOKIS

 

Stokis boleh menjual secara terus kepada pelanggan SEKIRANYA tiada ejen di kawasan pelanggan tersebut.

Sekiranya pelanggan datang daripada kawasan yang ada ejen, maka stokis WAJIB menyerahkan jualan tersebut kepada ejen di dalam kawasan tersebut.

Stokis tidak digalakkan membuat jualan runcit sebaliknya digalakkan mencari ejen bagi membuat jualan bagi pihak mereka.

Bagi membantu jualan, stokis dibenarkan untuk mengehadkan perlantikan ejen setiap kawasan. Ini bertujuan mengurangkan persaingan dengan ejen yang lain di kawasan yang sama. Dalam lingkungan radius 7km untuk satu ejen.

Setiap ejen yang dilantik oleh stokist hendaklah dilaporkan butirannya serta gambar outlet(Jika menjalankan jualan secara offline) dan Kedai online ejen (Jika menjalankan jualan secara online)  kepada pihak HQ bagi tujuan hebahan dan marketing dari pihak HQ.

Stokis digalakkan mempunyai tempat beroperasi tetap seperti kedai atau gudang.

Untuk dikira sebagai stokis yang aktif, stokis hendaklah membuat belian minimum RM1500 dalam tempoh sebulan.

Stokis yang tidak aktif akan dikeluarkan namanya daripada senarai stokis di page Ampangbest yong tau foo delivery selepas sebulan jika tiada belian ulangan dibuat. Untuk kembali aktif perlu membuat belian 50 set setiap jenis semula yang berjumlah rm3315.

Bagi pemasaran yang lebih efektif, stokis digalakkan mempunyai group di whatsapp atau di telegram yang mengumpulkan semua ejen di bawah seliaan stokist tersebut. Ini bagi membantu untuk memudahkan perbingcangan dan perkongsian idea marketing promosi yang terbaik bagi meningkatkan jualan setiap ejen .

 

KELEBIHAN MENJADI STOKIS

 

Sama seperti ejen.

Stokis akan dibekalkan dengan bahan promosi secara PERCUMA berupa banting dan flyers pula mengikut jumlah ejen yang berdaftar dengan mereka.

Stokis akan mendapat jualan berterusan daripada ejen-ejen di bawah mereka.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Banyak bantu memudahkan urusan orang. InsyaAllah urusan kita akan sentiasa di permudahkan oleh Allah. Perniagaan itu satu ibadah.