Salam Pengenalan Dari Kami Ampangbest Yong Tau Foo.

Salam Pengenalan dari kami ampangbest yong tau foo.

Assalamualaikum

Pertama sekali setinggi pujian dan syukur kepada Allah swt di atas keizinanNya telah terlahirnya laman web ecommerce ampangbest yong tau foo. Antara tujuan utama projek  ini di rancang dan di lancarkan adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang terkesan dengan keadaan akibat virus covic-19.

Dengan modal yang sederhana anda boleh bermula berniaga yong tau foo secara online atau offline dengan membuka gerai di tepi jalan atau di mana-mana yang tidak memerlukan modal yang besar. Insyallah dengan sedikit pengalaman yang saya ada boleh memberi tunjuk ajar dan kata nasihat dalam memulakan perniagaan.

Rahsia pertama yang dapat saya kongsikan kepada anda bagaimana memulakan perniagaan adalah dengan memulakan dengan apa yang ada di tangan. elakkan menggunakan modal yang besar untuk bermula.