Latar belakang syarikat

Rosmie Global Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menjual dan membekal bahan lengkap untuk perniagaan yong tau foo kepada pengguna secara terus dan juga kepada usahawan yong tau foo di bawah jenama Ampangbest Yong Tau Foo. Syarikat ini ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu ramai bakal usahawan untuk mengusahakan bisnes yong tau foo tanpa ilmu dan pengalaman. Kami akan membantu meraka dari zero to hero dengan modal yang sangat kecil dan boleh bermula dari rumah sahaja.

Pada awalnya, kami bergerak menggunakan jenama sejati yong tau foo dan telah menukar nama kepada Ampangbest Yong Tau Foo pada tahun 2015. Perubahan jenama selari dengan perubahan struktur syarikat dan juga visi dan misi syarikat. 

matlamat syarikat untuk membina reputasi dan menjadi jenama yong tau foo nombor 1 di kalangan pengguna dan juga usahawan industry yang sama di Malaysia dan masa hadapan.

Visi dan Misi

Visi Rosmie Global Enterprise (Ampangbest Yong Tau Foo) adalah untuk menjadi pembekal dan pembimbing usahawan dalam bidang yong tau foo untuk berniaga dengan lebih mudah dan maju walaupun tanpa ilmu dan pengalaman.

Misi adalah untuk membantu 3000 usahawan untuk Berjaya dalam bisnes yong tau foo bermula hanya dari rumah dengan modal yang kecil di seluruh Malaysia.